Kod Etika Penggunaan Internet
1. Keseimbangan-
Kebaikan yang dibawa oleh teknologi
maklumat mestilah lebih baik daripada risiko dan keburukan.
2. Keizinan termaklum
-Mereka yang menerima kesan
teknologi maklumat mesti faham dan menerima risiko yang akan dihadapi. Apabila
mereka telah faham maka mereka lebih bersedia menerima sebarang risiko yang
timbul.
3. Keadilan
-Manfaat dan keburukan teknologi maklumat
mesti diagih secara adil. Mereka yang menerima kebaikan patut menanggung sama
risiko dan mereka yang tidak menerima kebaikan tidak patut menanggung risiko
yang lebih. Risiko yang diterima haruslah adil untuk kedua belah pihak.
4. Meminimumkan risiko
-Teknologi maklumat mesti
dilaksanakan dengan mengelak risiko yang tidak berkaitan dan diminimumkan agar
manfaat yang diterima daripada teknologi maklumat adalah lebih daripada
risikonya.
Rukun Etika
1.Tidak menggunakan komputer untuk membahayakan orang lain.
2.Tidak mengganggu kerja komputer orang lain.
3.Tidak menceroboh masuk fail komputer lain.
4.Tidak menggunakan komputer untuk mencuri
5.Tidak menggunakan komputer untuk menipu.
6.Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli
secara sah.
7.Tidak menggunakan sumber daripada komputer orang lain
tanpa kebenaran.
8.Tidak mengambil hasil intelektual orang lain untuk diri
sendiri.
9.Memikirkan kesan sosial program atau sistem yang
dibangunkan.
Kod Etika
1.Inspirasi dan panduan.
2.Pencegahan dan disiplin.
3.Memelihara maruah profesion.
4.Memelihara keharmonian.
5.Sokongan.
Kod Etika Profesional
1.Mengelakkan kemusnahan dan kemudaratan kepada
sesiapa misalnya menyebarkan virus.
2.Menyumbang kepada masyarakat seperti mereka bentuk produk
baru yang memudahkan
penggunaan berkomunikasi.
penggunaan berkomunikasi.
3.Menghormati sesuatu yang dianggap rahsia dan tidak
menyebarkannya.
4.Bersikap adil dan tidak menindas.
5.Menghormati hak cipta orang lain.
6.Menghormati hak kebersendirian orang lain.
No comments:
Post a Comment