Monday, 20 February 2012

MINGGU 4



MINGGU 4 :

Pemilihan Bahan Internet untuk Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

PEMILIHAN BAHAN INTERNET UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

          Bahan pengajaran dan pembelajaran kini boleh diperolehi bukan hanya daripada buku-buku teks malah ia boleh didapati daripada bahan-bahan internet yang merupakan salah satu sumber yang besar dalam meyumbangkan bahan-bahan pengajaran. Hal ini kerana kita boleh mendapatkan bahan-bahan daripada negeri dan negara lain sebagai rujukan juga sebagai bahan bantu mengajar untuk kita gunakan dalam proses P&P terutamanya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. 

          Pemilihan bahan internet untuk P&P Bahasa Melayu ini sering dipilih bagi pemilihan seperti berikut: Bahan sastera Bahan tatabahasa Bahan bidang ilmu lain Berdasarkan aspek pendidikan, sebelum guru-guru menggunakan bahan-bahan sumber dari internet, sama ada untuk pengajaran dan pembelajaran secara langsung di bilik darjah atau sekadar sebagai bahan bantu mengajar yang telah terlebih dahulu dimuat turun, proses penilaian dan pemilihan perlu dilakukan. Hal ini perlu dilakukan supaya bahan sumber yang digunakan itu benar-benar membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini bagi mengelakkan timbulnya kesan negatif yang tidak dikehendaki atau djangka kepada proses pengajaran dan pembelajaran

MINGGU 3


Kod Etika Penggunaan Internet

1. Keseimbangan
Kebaikan yang dibawa oleh teknologi maklumat mestilah lebih baik daripada risiko dan keburukan. 

2. Keizinan termaklum  
-Mereka yang menerima kesan teknologi maklumat mesti faham dan menerima risiko yang akan dihadapi. Apabila mereka telah faham maka mereka lebih bersedia menerima sebarang risiko yang timbul.

3. Keadilan
 -Manfaat dan keburukan teknologi maklumat mesti diagih secara adil. Mereka yang menerima kebaikan patut menanggung sama risiko dan mereka yang tidak menerima kebaikan tidak patut menanggung risiko yang lebih. Risiko yang diterima haruslah adil untuk kedua belah pihak.

4. Meminimumkan risiko
-Teknologi maklumat mesti dilaksanakan dengan mengelak risiko yang tidak berkaitan dan diminimumkan agar manfaat yang diterima daripada teknologi maklumat adalah lebih daripada risikonya.

Rukun Etika
1.Tidak menggunakan komputer untuk membahayakan orang lain.
2.Tidak mengganggu kerja komputer orang lain.
3.Tidak menceroboh masuk fail komputer lain.
4.Tidak menggunakan komputer untuk mencuri
5.Tidak menggunakan komputer untuk menipu.
6.Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah.
7.Tidak menggunakan sumber daripada komputer orang lain tanpa kebenaran.
8.Tidak mengambil hasil intelektual orang lain untuk diri sendiri.
9.Memikirkan kesan sosial program atau sistem yang dibangunkan.

 Kod Etika

1.Inspirasi dan panduan.
2.Pencegahan dan disiplin.
3.Memelihara maruah profesion.
4.Memelihara keharmonian.
5.Sokongan.

 
Kod Etika Profesional

1.Mengelakkan kemusnahan dan kemudaratan kepada sesiapa misalnya menyebarkan virus.
2.Menyumbang kepada masyarakat seperti mereka bentuk produk baru yang memudahkan  
   penggunaan berkomunikasi.
3.Menghormati sesuatu yang dianggap rahsia dan tidak menyebarkannya.
4.Bersikap adil dan tidak menindas.
5.Menghormati hak cipta orang lain.
6.Menghormati hak kebersendirian orang lain.

MINGGU 2






TEMA 2 

KEMASYARAKATAN 

 a) Kemahiran Membaca
 Karangan Semangat Kejiranan Terhakis Dalam Masyarakat Kita? Semangat kejiranan sudah longgar dalam masyarakat kita kalau kita lihat sejak akhi-akhir ini. Keadaan ini menimbulkan pelbagai spekulasi kepentingan semangat ini diamalkan. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah untuk meningkatkan semangat ini dan kepentingannya.

       Semangat kejiranan merujuk semangat membantu masyarakat setempat terutama jiran bersebelahan dalam kehidupan seharian mereka. Sememangnya semangat kejiranan ini semakin hilang dalam masyarakat kita sehingga menimbulkan pelbagai isu semasa pula. Jadi, ada banyak kaedah yang boleh dilaksanakan untuk memastikan semangat ini berterusan kerana memang ada kepentingannya. Langkah awal ialah masyarakat menghidupkan semua konsep rukun tetangga di kawasan perumahan mereka. Rukun tetangga berfungsi untuk mengawal keselamatan kawasan perumahan terutama pada malam hari. Aktiviti ini memerlukan pembabitan semua pihak tanpa mengira kaum yang mampu menanam semangat kejiranan ketika melakukan rondaan bersama-sama. Oleh itu, hubungan rapat yang terjalin melalui rukun tetangga ini mengeratkan lagi perhubungan antara jiran. 

          Selain itu, semangat ini mampu dipupuk dengan mengadakan pelbagai majlis yang bercorak setempat. Majlis perkahwinan, rumah terbuka dan hari keluarga mampu menghidupkan semula semangat yang murni ini. Semua jiran akan beramah mesra dan mengenali satu sama lain melalui majlis seperti ini. Sesungguhnya, semangat kejiranan berupaya tumbuh dengan subur berdasarkan majlis sebegini. 

            Kerajaan turut mampu memainkan peranan dengan mengadakan kempen kesedaran semangat kejiranan ini. Penggunaan media massa seluas mungkin dengan iklan yang menarik sudah pasti berupaya menarik perhatian masyarakat terhadap isu ini. Masyarakat akan mula mempersoal tahap semangat kejiranan mereka dan berusaha ke arah mengekalkan serta meningkatkan semangat itu di kawasan mereka. Sememangnya kerajaan berperanan penting dalam memulakan usaha memupuk semangat mulia ini. Dalam masa yang sama sikap dan persepsi masyarakat perlu berubah. Masyarakat hendaklah memandang semangat kejiranan ini sebagai satu perkara penting dalam kehidupan bermasyarakat. 

               Semangat ini perlulah diutamakan dalam sebarang tindakan yang ingin dilaksanakan oleh masyarakat. Jelaslah, paradigma yang baru ini memastikan semangat kejiranan akan terus mekar dalam masyarakat kita. Kepentingan semangat ini sudah pasti dalam mewujudkan semangat perpaduan. Dalam masyarakat berbilang kaum yang wujud di negara ini pemupukan konsep perpaduan amat strategik. sesuatu masyarakat sesebuah negara itu terbentuk daripada individu yang saling berjiran sebelum berkembang menjadi satu umah. Oleh itu, semangat kejiranan menjadi titik tolak pembentukan konsep perpaduan nasional. Kesimpulannya, semangat kejiranan memang boleh dicapai melalui beberapa kaedah yang dijelaskan tadi. Semua pihak perlulah berusaha untuk memastikan semangat ini terus diamalkan oleh masyarakat di negara ini. Mungkin kita semua harus bertanya diri sendiri "siapakah jiran kita

b) Kemahiran Mendengar dan Bertutur 
 Sila klik pada URL di bawah untuk melihat video:

http://www.youtube.com/watch?v=LOwEuHvBqNs&feature=related

 c) Kemahiran Menulis 
Bina sebuah karangan berdasarkan gambar di bawah. Panjang karangan anda hendaklah tidak melebihi daripada 100 patah perkataan.
 

d) Seni Bahasa 
 Sila klik URL di bawah untuk melihat video mengenai 'Bawang Putih dan Bawang Merah'. Kemudian lakonkan di hadapan kelas.

http://www.youtube.com/watch?v=heG7hhaEluQ&feature=related  

e)Tatabahasa
 Maaf,Belum lagi dipaparkan

Saturday, 18 February 2012

Contoh katalog internet


Senarai Katalog Internet

Tajuk
Pantun Melayu
URL
http://www.slideshare.net/guest76146e/pantun-budi
Sinopsis
Dalam bentu power point, penulis menyenaraikan beberapa pantun budi yang dapat diajar kepada para murid.

Tajuk
Cita-cita
URL
http://www.youtube.com/watch?v=3hY4mJcSYzI
Sinopsis
Cerita Upin dan Ipin ini dapat merangsang pemikiran para murid untuk berfikir terhadap cita-cita yang diingini apabila sudah besar nanti.

Tajuk
Nyanyian “Keranamu Malaysia”
URL
http://www.4shared.com/mp3/iByqys2I/keranamu_malaysia.html
Sinopsis
Lagu ‘Keranamu Malaysia” ini sesuai dinyanyikan sewaktu pengajran dan pembelajran dilaksanakan di dalam kelas. Boleh juga dijadikan bahan bantu mengajar.

Tajuk
Buah-buahan
URL
http://www.searchcompletion.com/ImagesSearchResultsJS.aspx?q=buah buahan&site=web&si=98&gsd=&cl=1&safe=off&originalSiteSeachDomain=&prevsite=web&cc=MY&sts=&bi=0&st=&btn=Search
Sinopsis
Gambar buah-buahan boleh dijadikan sebagai bahan bantu mengajar di dalam kelas.

Tajuk
Pencemaran sungai
URL
http://www.searchcompletion.com/ImagesSearchResultsJS.aspx?q=pencemaran&site=web&si=30866&gsd=&cl=1&safe=off&originalSiteSeachDomain=&prevsite=web&cc=MY&sts=&bi=0&st=&btn=Search
Sinopsis
GAmbar pencemaran sungai ini dapat memberi kesedaran terhadap kepentingannya kepada kehidupan manusia. Hal ini dapat memupuk nilai-nilai murni dalam penjagaan alam sekitar.

Contoh alamat internet

ALAMAT INTERNET